~Memandangkan takde ape nak buat...rasenya lebih elok menggarap cerita pendek kat sini...untuk percubaan,aku akan mulakan dengan sebuah kisah berjudul 'Mata hati'..entah la mcm mane ceritanya sebab aku tak fikirkan segala isi atau jalan cerita awal-awal...hanya menulis secara spontan...maka setiap episod cerita ini akan di edit di sini..kepada yang sudi meluangkan masa,kalau ingin mengikuti setiap episod..di sinilah tempatnya..semoga terhibur..~
episod 01 (Ahad@20.12.09)
Deruan angin seolah-olah membawa pergi segenap kenangan yang acapkali bertandang di ruang ingatan Qaseh. Namun tidak semudah itu. Qaseh tahu,cukup tahu bahawa kenangan itu pasti akan kembali lagi,merobek setiap ruang hati yang sudah lama 'mati'.Baru sahaja kaki ingin melangkah pergi meninggalkan pangkin di tepi rumah usang peninggalan arwah nenek,Qaseh tersentak apabila mendengar suara yang amat dikenalinya.
***********************************************************************************
"Qaseh..meh la tolong nenek masak ni..kejap lagi nenek nak ke rumah mak long Qaseh pulak..kaki dia terseliuh semalam"laung nek Mah menyebabkan Qaseh yang leka membaca novel tergesa-gesa mendapatkan neneknya. Qaseh terlalu sayangkan nek Mah kerana wanita tua itulah yang telah menjaganya dari kecil selepas kedua ibu bapanya terlebih dahulu mengadap Ilahi. "Alah nek ni...awalnya masak..biasanya kan tengahari baru mula masak..tu yang Qaseh bace novel dulu..mak long kenapa nek?"soal Qaseh."Mak long Qaseh tergelincir kat sawah..tu yang kaki dia terseliuh tu..nenek ingat nak pegi tengok dia..tu yang masak awal sebab nak bawak sikit lauk ke rumah mak long tu..kesian pulak..anak2 dah la jauh.Kalau Qaseh nak ikut,lepas Zuhur nanti kita pergi".
episod 2 (sabtu@09.01.10)
Selesai sahaja solat zuhur, Qaseh segera menuju ke dapur untuk menyiapkan sedikit bekal untuk dibawa ke rumah Mak Long. "Nek..Qaseh dan siapkan bekal untuk Mak Long ni...sekejap lagi bolehlah kita beransur ya". Nek Mah yang sedang sibuk membetulkan tudungnya hanya mengangguk perlahan.
Dari jauh lagi kelihatan Mak Long Qaseh sedang berehat di beranda rumah. Mak Long yang di kenali orang kampung sebagai bidanTijah, dari jauh sudah melambai-lambai ke arah kelibat Qaseh dan Nek Mah."Assalmualaikum Mak Long...amboi...sengih sampai ke telinga nampak" usik Qaseh. " Ye la..mana tak sengih panjang lebar...rezeki datang bergolek..Pak Long Qaseh tak balik lagi,kalau tak..memang dia dah beli nasi bungkus dah". "Eh..biasanya waktu macam ni, laki kau dah balik kan Jah?, soal Nek Mah. " Memanglah Mak, tapi Abg Lah ikut Pak Imam ke Pekan, nak cari baja katanya. Haa..Qaseh,kenapa tercegat je,naik la...takkan la tak sudi. Qaseh belum dapat kerja lagi?". "Belum lagi Mak Long...Qaseh ingat Qaseh nak masuk kelas belajar menjahit..manela tahu..boleh juga ambil upah menjahit bila dah pandai nanti. Si Aqilah anak makcik Leha ada ajak kerja kilang di Pekan, tapi Qaseh tak nak..biar la Qaseh tolong nek Mah kat kebun". Bidan Tijah sememangnya simpati dengan Qaseh. Habis sahaja SPM, Qaseh memang tidak mahu sambung belajar lagi. Puas di pujuk, di nasihati, Qaseh tetap berdegil. Kasihan pada Nek Mah sering menjadi alasannya.
Episod 03 (Rabu @ 25 Ogos 2010)
Bidan Tijah melihat anak saudaranya sedang merenung jauh. Ternyata Qaseh mempunyai rupa paras yang cantik. "Macam arwah mak dia zaman muda-muda dulu",desis hati Bidan Tijah."oh ya mak...anak saudara Abg Lah nak datang tumpang umah Jah beberapa minggu...katanya ada tugasan Universiti yang nak dibuat...nak wat kajian pasal ape ntah...Jah pun dah lupa apa yang dia bagitau kelmarin. Qaseh...Qaseh ingat lagi tak kat Ilham, dulu masa kecik-kecik,dia pernah datang sini". Soal Bidan Tijah,sekadar menduga hati Qaseh. Bidan Tijah tahu,kecik-kecik dulu, Ilham suka usik-usik Qaseh.Katanya bila besar nanti,nak kahwin dengan Qaseh."Ingat Mak Long...budak comot tu...bila dia nak datang?"Qaseh tergelak manja."Katanya Sabtu minggu depan..sekarang ni masih lagi di Kuala Lumpur...dulu memang la comot,ntah-ntah sekarang ni dah hensem...mana Qaseh tahu...lagipun korang berdua dah lama tak jumpa kan...Mak Long pun lama tak tengok Ilham tu"."Elok la Ilham datang...nanti Qaseh bolehlah tolong Ilham apa-apa yang patut",nek Mah yang tadi hanya mendengar turut sama mencelah.
Episod 04 (Rabu @ 25 Ogos 2010)
Qaseh agak rimas dengan fikirannya sendiri sejak pulang dari rumah ibu saudaranya tempoh hari.ILHAM-Satu nama yang cukup indah.ILHAM-Satu ketika dulu dia pernah merindui sepupunya itu.Tapi itu dulu. Qaseh terfikir-fikir sendiri. Adakah kedatangan Ilham kali ini akan mewujudkan satu perasaan yang bahagia?"Arghhhh",Qaseh mendengus lantas menekup mukanya dengan bantal kecil berbentuk hati.
Ilham yang dinanti-nanti telah pun sampai di rumah Bidan Tijah kelmarin. Namun Qaseh masih belum mahu menemui abang sepupunya itu.Entah apa yang menghalang, Qaseh pun tidak pasti.Puas sudah nek Mah menyuruh Qaseh ke rumah Bidan Tijah,namun Qaseh tetap berdegil."Argghh biarlah...kalau Ilham nak jumpa aku,pandailah dia datang ke sini",desis hati Qaseh.Belum pun reda kecamuk di hati, kelihatan kelibat Pak Long dan seorang pemuda menuju ke rumah nek Mah. "Itu mesti Ilham...wah..berbezanya dia sekarang...",Qaseh tersenyum lantas pergi mengenakan tudung untuk mempelawa mereka berdua naik ke rumah.
"Qaseh apa khabar?sudah kerja?Lama kita tak jumpa kan?",Ilham menyapa Qaseh sekadar memecahkan keheningan petang."Alhamdulillah sihat..Qaseh belum kerja lagi..hajat di hati nak belajar menjahit..a'ah...lama tak jumpa..sekarang Ilham dah tak comot lagi",usik Qaseh lantas mengundang ketawa semua yang ada pada ketika itu."Ilham datang ke sini sebab nak buat sedikit kajian berkenaan tanaman pisang...teringat yang Pak Long ada kebun pisang,tu yang buat keputusan untuk datang sini",terang Ilham sambil merenung Qaseh.Qaseh yang sedar dirinya ditenung,segera mengalihkan pandangan.
Sunday, December 20, 2009
Mata Hati
Posted by iLHaMQaSeH at 9:51 PM
Labels: NukiLan HaTi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment